Tuesday 1 April 2014

Membuat reban / kandang / rumah arnab @ rabbit

Hari nie aku baru sahaja selesai membuat reban arnab aku yang mana ianya lebih besar dan selesa untuk arnabku mendiami. Kesian pulak aku tgok arnabku duduk didalam rumahnya yg lama, yg mana rumah tersebut merupakan rumah kucing. Itu pon aku pinjam dari kawan, aku memandangkan kucing dia telah hilang entah kemana perginya. Daripada di biarkan ianya kosong begitu sahaja, elok sangat lah tu aku pakai kejap untuk arnab aku buat sementara waktu. Sempat lah arnab aku duduk dalam lebih kurang seminggu.
Sebenarnya takde lah susah sangat nak buat reban arnab nie. Bagi aku, ianya cukup mudah dan simple untuk dilakukan. Kalau peralatan semua cukup, tak sampai satu hari dah boleh siap untuk reban seekor arnab. Tak ada kemahiran bertukang pon takpa, janji tahu menggunakan gergaji, hammer, hehehe.
Idea reban nie pon banyak serba sedikit yang aku cilok dari sumber google. Tulis jee 'cara-cara membuat reban arnab' bersepah keluar. Kalau kreatif boleh la buat lg cantik, yg bertingkat-tingkat ke atau buat yg ada lif ke, terpulang lah pada kreativiti masing-masing. Aku buat yang simple jee, sebab barang tak cukup. Buat grand-grand banyak pakai modal pulak. Jadi cukuplah yang biasa-biasa jee. Huhuhuu
Lagipon sekarang nie aku cuma ada seekor arnab jee, jenis baka jersey wooly. Ok la untuk seekor je dulu. Nanti dah ada teman hidup, kemudian zuriat, baru lah aku besarkan lagi rebannya, hehehe. Cukup lah tu untuk keselesaan beliau duduk dalam reban yg luas sikit daripada biasa, hehehe
nie lah gambar reban yang aku buat tadi, dah siap 100% sebenarnya, cuma aku tak amik gambar jee tadi. Rebannya dilintangkan ye, bukan menegak mcm gibi, hehehee, tegak mcm nie tadi sebab belum habis lg.


1 comment:

  1. The Casino Hotel, Spa & Casino - Jackson - KTAR
    The Casino Hotel, Spa & Casino 목포 출장안마 features world-class accommodations, award-winning 원주 출장안마 dining, entertainment, 문경 출장안마 and lively casino 울산광역 출장안마 gaming at the best 전주 출장마사지

    ReplyDelete