Saturday 5 April 2014

Arnab mengawan @ mating | jebat (JW) dan syusyu

Ok entri aku kali ini berkenaan mengawan, atau lg senang cakap kahwin. Sekarang nie, aku cuma ada dua ekor arnab je. Sekor nama die jebat baka jersey wooly (doe), dan sekor lg namanya syusyu(buck). Kenapa nama dieorg mcm tu, aku pon taktau, huhuhu. Jadi aku kahwin kan lah mereka nie. Banyak sikit belaan aku nanti.

Tapi sebelum aku kahwin kan dieorg nie, aku banyak baca dan belajar dari google. Search jee 'arnab mengawan', berlambak-lambak entry mengenai mating nie. Yela, aku baru pertama kali nak mengawankan arnab. Sebelum nie tak pernah lagi. Tengok arnab mengawan pon tak pernah. Org cakap bela arnab nie tak sama macam bela kucing. Jadi aku risau laa kot-kot terjadi apa-apa kee dkt mereka kan, huhuu.

Tadi petang buat julung kalinya aku dapat tengok macam mana arnab mengawan nie, live depan mata aku. Sebelum tuu aku bagi korang sedikit informasi la macam mana nak mengawankan arnab. Info-info yg aku tau nie pon aku baca dari blog-blog empunya tuan arnab. Mereka lagi berpengalaman mengenai arnab, terima kasih laa kepada mereka sebab buat entri yang sedemikian. Kalau tak, memang aku tak tau la, main bedal jee, Huhuhuhu

Perkara penting yg korang perlu tau sebelum mengawankan arnab
*arnab korang tak menghadapi sebarang penyakit, sentiasa dalam keadaan sihat.
*umur arnab untuk dikahwinkan sekurang-kurang 6bulan bagi betina dan 7bulan bagi jantan. Kiranya, pada usia nie, arnab dah kira dewasa dan matang, baru boleh dapat baka berkualiti. Kalau 4-5bulan korang dah kahwin kan boleh je, takde masalah kot. Tapi yela, budak-budak lagi kan umur macam tuu, tau ape dieorg, hehehee
*seelok-eloknya korang kahwinkan dieorg pada pukul 10pagi atau selepas pukul 6petang. Khabarnya, waktu nie arnab sedang subur. Kalau tghhari nie panas, so, tak berapa nak subur la.
*untuk mengawankan arnab nie, korang perlu masukkan arnab betina ke kandang arnab jantan. Jangan buat sebaliknya, kalau tak mampus arnab jantan korang di belasah betina, sebabnya arnab betina nie jenis garang. Tak boleh suka-suka masuk je. Dalam bahasa englishnya ape tah, aku tak ingat.
*kalau korang nampak arnab betina naik atas badan jantan, korang jangan lah hairan, sebab betina tuu dah gersang sangat, hehehe. Biarkan jee dulu sampai arnab jantan tuu naik atas badan arnab betina. Tapi kalau arnab tuu macam gaduh, elok keluarkan jee lah betina tuu, sebab betina tuu belum bersedia lagi nak di kahwinkan.
*sekiranya arnab jantan dah naik atas badan betina dan memulakan aksi-aksi mengawan, biarkan jee, korang tengok sampai arnab jantan tuu rebah ke sisi sebalah kanan/kiri. Itu bermakna si jantan dah selesai mengawan dengan betina.
*lepas jee mengawan, eloklah korang amek balik betina tuu, dan kembalikan pada tempat asal beliau. Hehehe.

Arnab mengawan tak lama, dalam 5-10 minit settle. Bergantung kepada tenaga jantan tu la macam mana pergi dia . huhuhu. Jadi nie jee lah serba sedikit yang aku tau mengenai perihal mengawan nie. Yela 1st time kot mengawankan arnab nie,
Yang nie namanya syusyu, hok tino nie

Tuesday 1 April 2014

Membuat reban / kandang / rumah arnab @ rabbit

Hari nie aku baru sahaja selesai membuat reban arnab aku yang mana ianya lebih besar dan selesa untuk arnabku mendiami. Kesian pulak aku tgok arnabku duduk didalam rumahnya yg lama, yg mana rumah tersebut merupakan rumah kucing. Itu pon aku pinjam dari kawan, aku memandangkan kucing dia telah hilang entah kemana perginya. Daripada di biarkan ianya kosong begitu sahaja, elok sangat lah tu aku pakai kejap untuk arnab aku buat sementara waktu. Sempat lah arnab aku duduk dalam lebih kurang seminggu.
Sebenarnya takde lah susah sangat nak buat reban arnab nie. Bagi aku, ianya cukup mudah dan simple untuk dilakukan. Kalau peralatan semua cukup, tak sampai satu hari dah boleh siap untuk reban seekor arnab. Tak ada kemahiran bertukang pon takpa, janji tahu menggunakan gergaji, hammer, hehehe.
Idea reban nie pon banyak serba sedikit yang aku cilok dari sumber google. Tulis jee 'cara-cara membuat reban arnab' bersepah keluar. Kalau kreatif boleh la buat lg cantik, yg bertingkat-tingkat ke atau buat yg ada lif ke, terpulang lah pada kreativiti masing-masing. Aku buat yang simple jee, sebab barang tak cukup. Buat grand-grand banyak pakai modal pulak. Jadi cukuplah yang biasa-biasa jee. Huhuhuu
Lagipon sekarang nie aku cuma ada seekor arnab jee, jenis baka jersey wooly. Ok la untuk seekor je dulu. Nanti dah ada teman hidup, kemudian zuriat, baru lah aku besarkan lagi rebannya, hehehe. Cukup lah tu untuk keselesaan beliau duduk dalam reban yg luas sikit daripada biasa, hehehe
nie lah gambar reban yang aku buat tadi, dah siap 100% sebenarnya, cuma aku tak amik gambar jee tadi. Rebannya dilintangkan ye, bukan menegak mcm gibi, hehehee, tegak mcm nie tadi sebab belum habis lg.